tiga hati jadi satu.

assalamualaikum wbt,

ketawa bersama menangis bersama makan bersama ku bersumpah semuanya bersama eh tak dilupa kaki melecet pun bersama duit habis lagilah bersama cuma satu je tak bersama tidurku tak selena mereka.eh kenapa kah?

dua hari satu malas was so ohh some with them.okay start bangun pagi awal gila aku bangun packing barang then pukul dua gerak naik ktm bertemu dengan amani dekat bandar tasik selatan then tunggu amily and kak iwani angkut kami.masa dalam kereta tak adalah start bercerita gelak sakan lagi maybe awkward sikit jumpa amily kot.

                                

                                 
lighting terover muka tahpape.

at sys iwani's,first thing mesti makan.

after asar ini part paling best well bila girls dah jumpa wajiblah becerita maaf kepada tuan/puan empunya diri kami bercerita pasal kalian semua then cerita pasal boys biasalah lah tu pasal spm pasal orang femes femes ni sampai ke artis kami pun cerita.malamnye kami pergi rumah kak iwani jalan kaki je kot dengan baju tidur seluar amily yang sangat gila glamor kononny..tengah malam tengok movie the hunger games seriesly takut cerita ni and haruslah aku orang paling kuat jerit,mana taknye cerita bunuh bunuh orang kau berani?

part tidur pulak aku rasa seperti adik beradik tirikan bayangkan sebelah amily yang memang dari azali tidur ganas nak mampus tanpa selimut lagi kipas betul-2 bawah kami paling higher speed bantalku pun cukup space je then bila bangun bantal separuh je spacenya and paling sedih handphone jatuh katil dan retak lagi,ahhh mama abah nak handphone baru.

dekat midvalley pukul 12 tengahari duit dah habis mana taknye pergi kedai yang sale sale je nak pulak yang sale 50% keatas je,duit 200 habis macam tu je dengan beli satu seluar satu kasut buy one free one satu novel then makan pun dekat foodcourt je.kaki melecet how feel?sedih gila kot padehal banyak lagi kedai sale sale tak masuk.so kepada bakal suamiku nak shopping denganku anda kena punyai minat shopping kaki yang kuat sebab nanti kakiku melecet suamiku boleh tolong dukung kerja yang bagus kerana 200 tak cukup nak shopping denganku lagi lagi ada sale gantung sana sini kesabaran yang tinggi sebabku jakun tengok baju yang lawa lawa.k siapa sanggup?hahahaha.

me,amani,amily.will miss them.

dah kenapa aku nampak mengedik eh dah gemuk lah.ye ke?

muka comel dah but why why me look short?

balik naik ktm perpisahan pun berlaku amily turun bts amani turun kajang aku turun ukm,sobs sobs sobs.okay bye.

random talk.

hye,assalamualaikum,

ahhh rindunya rindunya nak update entry baru yang panjang berjela-jela macam karangan 350 patah perkataan ahhh rindunya rindunya sekolah,eh tetiba.sebenarnya kita kan nak cerita pasal birthday kita yang sebulan lebih dah lapuk ditelan zaman pasal spm pasal asrama pasal semua semua lah.please please tolonglah jangan nak bash saya cerita pasal benda dah kuno lapuk semua.

okay kita start dari cerita birthday girl masa tu pun hari susun meja untuk spm.sungguh ini paling sweet pernah aku dapat sepanjang lima tahun dekat hulu langat,yelah mana taknye asal birthday mesti waktu sekolah takde change sambut dekat rumah.penatlah cerita panjang panjang,gambar cerita semua k.

black forest,secret recipies okayy,k poyo poyo.
act,banyak gambar yang sweet-2 berlaku tapi cukup dipapar dialam fikiran.

pastu ada jamuan asrama dekat singgah santai resort,masa tu sedih sangat sebab kestressan nak spm sangat jelas tak boleh nak meyorok pakai fair lovely oxy semua tak boleh tutup dah,dengan what the sad life.malang lagi malam tu kain aku terkoyak nasib baik tak seksi over sangat.k senang cerita aku lupa dah apa jadi malam tu.
batch form five srikandi,aku paling comel antara kalian semua,hahaha!

ezzati amnira as tuya,sungguh sampai mati aku sayang budak ni.

okay ini part paling eksaited espiem.tiga minggu menghadap buku tanpa henti ktipu je sempat je main game tapi masa tu seriesly aku rasa ehh bestnye belajar maybe sebab kita faham just ingat ingat balik je.dari bahasa melayu sampai biology alhamdulillah aku rasa puas hati kot jawab cuma slacknye masa paper bahasa melayu sakit perempuan menyerang dan idea terbantut otak jadi kecut dan paling best jawab pyhsic macam orang takde feeling nak jawab.sampai bila entah nak minat pyhsic mungkin forever tak minta kot,hihihi.

maigaod last paper,felling masa tu rasa macam nak menjerit cepatlah merdeka cepatlah kepala otak dah terbayang pegang bendera besar pusing satu sekolah jerit kuat kuat merdeka merdeka! tapi lepas paper3 biology terus rasa lepas ni mesti sedih tak jumpa kawan hari hari tak jumpa syuk untuk sekian minggu bulan tahun entahlah.masa mama datang gila sedih jumpa kawan tapi wa gangster tahan air mata tapi tak wa tak tengok mata kalian semua nanti tak gangster lah wa kan.pastu jumpa syuk,depan dia lagi kena gangster memang tak boleh menangis punya nanti nampak sangat ahh wa lemah,kennot kennot macam tu.

kami habis paper biology,senior ni datang konon rindu masa dorang merdeka dulu,hihihi.


adopted sis yang comel macam saya.lol!

kelas chemistry yang terakhir.sungguh cikgu zatur paling sporting,cikgu cepat cepat kahwin,hehehe.

yang penting cuti sangat bosan kerja makan tidur online makan tidur tidur tadi berat still maintain 47kg tolonglah aku nak 50kg nanti syuk gedik suruh aku tembam sikit.eh cerita sedih lagi tak dapat plkn first intake,aku rasa nak tumbuk je orang plkn ni tahu tak aku nak lari jauh jauh tiga bulan untuk tahun baru nanti,please please please lahh.

link exchange!

assalamualaikum w.b.t,

ini bukan masa untuk aku bercerita sebanyak mana perihal diriku selepas sekian lama menyepi dari dunia bloggers.itu munngkin di lain entry,in sha allah. ini lagi penting jadi sila fokus dimana automatically link yang lama ini *mrsbaget.blogspot.com* *apelah buruk sangat namanya* ke arah yang lagi comel mungkin kot pandagigitaring.blogspot.com dalam masa tiga hari bermula sekarang, ayomat geset go!


our graduation.

assalamualikum w.b.t,

musim ni antara tahap genting untuk melalui hari hari yang mendatang,ringkas cerita tahun akhir untuk buad segala benda mak nenek di sekolah,paling gembira tak pergi ke kantin cik amir yang setiap hari makanannya sama makcik pakcik kantin yang tak ramah lagi garang,paling sedih usah dicerita cukup disimpan yang pasti aku akan lalui.sedih.

rasanya tak sabar permulaan november bukan spm ,no no no hari jadi aku perlu diingat dulu baru spm kalau tak, tak nak kawan *evil laugh* jujur aku cakap aku tak sedia menghadap spm tapi aku tak sabar nak spm,apakah ini?  

20hb hari tu, hari gradiuasi sekolah.yeay! aku insan terpilih yang memenuhi syarat kuota graduasi,alhamdulillah. sedihnya kenapa duduk ikut nombor dalam tingkatan akhirnya aku tercampak di nombor 33.bukan tidak bersyukur maknanya aku perlu lebih aktif dalam belajar. tak tahu nak mula dari mana,yang wajib aku orang paling lama berdiri depan cermin.faktanya masa hari itu semua murid perempuan berjaya menalahkan cikgu dari atas sampai bawah.fakta lagi, masa si perempuan naik pentas kebanyakan si lelaki meihat berapa inci kasut si perempuan pakai,hahahaha.

rasanya tak tahu nak tulis apa, k buntu buntu.

tralalala.

the gedik's bestfriend.

me love you.

siblings.

chemistry teacher,cik zatur rawihah.

senyum sengih sekian.


suatu hari kejayaan milik kami,insyaallah.

ustazah aishah :D

ini gedik gedik je.

terselit disini, ampun dan maaf kepada semua yang mengenali, mohon doakan kejayaan kami semua.aminnn. see ya after spm,yang pasti masa tu link blg tukar mungkin lebih aktif.

rindu,,,,

assalamualaikum w.b.t.

ehem ehem rindunya rindunyaaa blog kita ni lame dah rasanya tak update post baru.gila kau entry terakhir pasal hari raya, berjanggut abad jugak punya cerita raya tu nasib baik cerita raya tahun ni kalau tahun lepas *muncung bibir ala-ala 5 days mc* entry kali ni tak panjang berjela mana pun, kalau buad baju pun tak tutup molek badan tu, euwww seksinya ehem kiranya ni entry seksi dari n'nur syue.auwww! tergoda nyah.hahahaha. bertambah malas lagi nak update blog bila dashboard tukar baru, putih je tak comel langsung bertambah sedih lagi bila aku punya tak boleh kembali yang lama.

sejak bermenjak ni banyak sangat benda dah terjadi dekat aku.ahhh kenapa kenapa kenapa aku *sigh*   trial dah berkurun jugak lepas dan resultnya sangat entahlahhh rasanya macam perlu dua atau tiga bulan lagi untuk spm bukan kurang sebulan ni.tak ayomat geset go lagi nak spm tapi tak sabar sabar nak spm biar cepat cepat habis tapi sedih tinggalkan sekolah sebab..., biarlah masa yang menentukan nanti ape nak jadi ,*emotional lah pulak* doakan spm saya masa depan saya.

mungkin ada yang dah lupa macam mana rupa saya mungkin ye mungkin,jangan baling baldi dulu.


masih sama bukan,bezanya sekarang mungkin nampak sedikit intelligence kerana ke-stressan yang melampau.  

tak cukup lagi ade lagi satu, tapi yang ini mungkin nak tunjuk comel sikit, sikit je *puiihhh*


insyaallah akan update cerita baru selepas majlis graduasi.wasalam.

hari raya saya :D

helloo assalamulaikum w.b.t.

wewit hari raya macam ni lah nak tengok anak dara masuk dapur melawa sakan sakan sokmo.tak terkecuali saya.tiga baju kurung dimanfaatkan sepenuhnya.no books.trial?ada apa.sekian maklum tahun ini saya beraya nun jauh laut china selatan brunei darussalam yang sultan dia hensem macho tu.tapi malangnya brunei raya hari isnin ahad kena puasa lagi *crying* tapi suka rianya kami sekeluarga melarikan diri ke miri sarawak untuk berhari raya.yeay yeay raya raya.selamat hari raya diucapkan kepada semua.eh tetiba kan.selepas ini hanya banyak gambar daripada ceritanya.sila amati gambar tesebut.tergoda ternoda tersuka.jauhkan.terbenci tergeli ternyampah.elakkan.sekian.

*syawal pertama.miri,sarawak.

adek saya baru darjah enam tinggi macam galah.arghh aku kalah!

adik beradik.sila ambil kami jadi iklan gigi ye ye.

kawan kecik kecikdulu dekat miri.sekarang dah besar panjang dah.
malu dah nak main kejar kejar macam dulu.eh nama diorang pun lupa dah.LOL.

kawan lama mama.ya allah anak dia semua hebat hebat belaka pandai pandai sokmo.

*syawal pertama.brunei darussalam.

raya pertama saya.comel kan saya *buuuuu*

en amran's family.kami memang tiada tema baju nak raya.semua tak pernah
sependapat.nak buat macam mana kan.

ini dia anak gegurl yang nak bawak balik menantu lelaki sorang satu.hahaha.

eh ini bukan lepat pisang k.this is kelupis.kiranya macam makanan wajib raya dekat sana lah.


ini dia sepupu sepapat aku yang ohhsome gila.

meet my firstt anak buah saudara ye panggil.bila abang sedara kita kahwin then dapat anak.maca tulah kiranya.faham tak? baru tiga bulan tapi alahai comel gila.


*syawal kedeua.brunei darussalam.


kami pergi beraya di istana nurul iman.
bayangkan 11.30 sampai 2.30 baru balik.gila tak gila itu.

eh eh bangla dekat belakang tu.siapa punyaaa?!

nampak tak siapa watak jahat baiknya dekat situ.

aku sudah bilang kami tak pernah sedondon.


sepupu-pupu ku.

finally bye brunei.

sampai sini sahaja hari raya saya.minggu depan trial spm.ohmaigaddd tak sedia lagi.chapter form four berkurun lamanya tak sentuh akhir sekali semasa mid year exam.ohhhh wish me luck and pray for me.sekian wasalam.

sebelum raya.yeay!

assalamualaikum w.b.t.

ini cerita menjelang raya ya ampun amat teruja. ramadhan kau pergi jua tinggalkan aku semoga ramadhan tahun depan kita berjumpa lagi yang pasti detik itu aku bukan budak sekolah lagi *ahh paling muka crying*

aku tahu aku comel.aku percaya aku comel *LOL*

ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi...... dam dam dum bunyi mercun......

esok tengahari siapa tahu kau tak dapat lihat aku di malaysia yang engkau mampu hanya pandang ke langit melambai tangan pada si merah putih bergerak di awan nano nano.menangis tak berlagu sayangku.ya itu yang pasti tahun ini aku tidak beraya di malaysia jauh menyeberang laut china selatan di brunei.gembira itu pasti.sedih usah ditanya banjir kajang kelak.

kesempatan itu izinkan aku menulis eh ini empunya aku tidak perlu memminta izin untuk menulis.

saya*lebih sopan* an-nur syuhada bitni amran pohon ampun dan maaf untuk mereka yang disayangi yang dikenali yang mengenali diri ini.ya aku mengaku aku banyak silap pada mereka secara sengaja mahupun tidak.alah nama pun manusia normal buad salah tidak buad salah abnormal namanya kurang hormone di suatu sudut mungkin.siapa tahu? harap maafku diterima pakai oleh mereka bukan pakai buang ye.no no no*jari ke kiri ke kanan* trial spm lepas raya sangat spoilkan mood raya tapi jangan kau bimbang sayang raya tetap raya duit wajib kumpul bawak kahwin nanti.hahaha.please pray for me,him,friends.

selasa malam hari terakhir berpuasa di hostel sekaligus tahun akhir juga tahun depan no school no baju sekolah no tudung sekolah.gembira sebenarnya sedih semestinya.pedulikan takkan nak undurkan masa.mana mungkin.pertama kali dalam hidup terawih 20 rakaat *smile face*. pastu majlis mohon maaf khas budak asrama saje oke.cuba kawal air mata dari mengalir tapi malangnya aku tewas untuk dua insan ini.ahhh aku kalah no medal gold.sorry malaysia hahaha.teringat dulu dulu sangat meriah sekarang entahlah mungkin aku penyebabnya puncanya mohon maaf sekali lagi tapi aku selesa macam ni ya walaupun terasa itu bukan diri aku sebenarnya.hipokrit.peduli apa mungkin itu lebih baik untuk mereka.sekian sesi air mata. *lap air mata*

hari terakhir sekolah.biasa biasa je.cikgu cikgu main lumba lumba nak habiskan semua chapter.masih tinggal sisa baki takpelah tawakal je.yang dah belajar ni pun tak tentu semua dalam otak apetah lagi bila dapat ilmu baru kan kan.pertama kali kelas sejarah aku mengantuk yang amat dari tersengguk sengguk terus kepala atas meja.maafkan saya cikgu,cikgu comel hari rabu tu.hehehe.aku khuatir pyhsic aku bukan benci cuma tak minat jadi malas nak belajar.macam mana ni.ikut nasiblah nampaknya *sigh*

ain rushdi jiran sebelah dalam kelas.

akhir kalam,selamat hari raya maaf zahir batin.doakan perjalanan kami sekeluarga selamat tiba di brunei darussalam. muhammad syukri me miss you badly tahu!

aku wira wirawati negara.eh!

assalamualaikum w.b.t.

sedar tak sedar hari ini dah 16 ramadhan lagi 14 hari nak raya dengan itu trial spm menjangkau tak sampai sebulan lagi.kesedaran sudah ada kerajinan makin bertambah cuma kadar mengantuk sangat tinggi puratanya trial spm bukan barang mainan yang kau boleh buad sesuka hati.harus diberi kasih sayang secukupnya wajib dijaga dengan elok biar comel comel belaka kalau tidak tak layak jadi graduan smk abdul jalil.sekian.


bayangkaaaannn *juling keatas*

jumpa kawan baru tidakku kesah,buad keraj amal/kebajikan tidakku kesah lagi,aktiviti yang menguji iman dan kementalan tidakku kesah laahhh,flying fox lumpur kotor bersih pacat lintah hisap darah terjun sungai lari 500 m bagilah ape saja tidakku kesah sama sekali malah aku mungkin sedikit teruja untuk berhadapan dengan semua itu *fikir banyak kali* basuh segala baju seluar barang dalaman tidakku heran langsung sungguh aku sudah lali. berkawad/pembarisan kot dan perubahan drastik gila babun terhadap mukaku sungguh ku tidak boleh terima sama sekali.tolonglah aku kawad sangat hodoh rupanya memalukan negara sahaja kot.sungguh percayalah.excusekan saya untuk kiri kanan kiri.boleh?!

mungkin orang yang paling gembira masa aku ditayangkan dapat plkn nie mama lah tapi mengharapkan jugak yang dekat-2 je.aku tak ade lah heran mana dapat plkn nie sampai menangis bengkak mata konon tapi tolong jangan bagi sampai ke luar negeri selangor pengalaman ngeri oke berada di tempat orang tak kenal sesiapa *angkat-2 kening* takpe takpe set in your mind plkn sangat best tak ade lah teruk mana plkn tu nye sijil die mahal doe orang tabik spring kau ado *angkat muka* bagi sesiapa yang single tu masa ni lah korang menduakan diri kau tu.bila lagi en en hahaha.ehem ehem kita takpe dijamin kesetiaan seratus lima persen lebih lagi.insyaallah.

sekadar suka suka.

assalamualikum w.b.t

ehem ehem tengok cermin *kcomel* rasanya macam lamu jugak tak tulis entry dekat sini takpe takpe jangan merajuk nanti tak cunnn!k sekarang tengah eksaited gila tengoklah tittle entry pun tah pape.eh cepat cepat lah nanti semua terbengkalai cerita tuptup dekat tong sampah.kesian *geleng kepala* act,banyak benda nak tulis tapi tapi tak tahu nak mula dari mana.acano ni *tanda soal*

selepas 30 minit,

bertarikhkan 8 july 2012 pukul 9 ke 25 minit malam bersaksikan semua rakyat yang hensem yang comel dengan rasmilah gugur lah talak tiga menjadi nydp asrama smk abdul jalil.ohhh indahnya dunia segala bebanun enam bulan lebih was gone,alhamdulilah.walaupun pada mulanya malu sebab menangis depan acap bila cakap form five malam ni ade perjumpaan bincang lantik mpp baru dan aku pada masa tu nak lompat pun ada jugak tapi eden sabar sabar dan akhirnya kegembiraan itu dinoktahkan dengan air mata di makmal chemistry.sekian :เดกി

konon kata-kata terakhir sebelum beregelar mantan:D

haritu 14 july sekolah ada buad hari keusahawanan dengan kesenian.malam tu kita dengan intan tolong cikgu masak sampai pukul satu pagi oke.ehem ehem petanda baik boleh buad jadi bini ni.padahal makan je banyak tolongnya budak lelaki je banyak buad eh kalau kami tak masak dorang tak makan malam tu tau.kan petanda lagi boleh buad bini tu bukan bibik ye aku sepak kang *hahahaha*.semalam tu saya dijadikan bahan jenaka dorang sampailah keesokan harinya.gua rasa sangat malu doe *kesat air mata* yelah kadang kadang kita melatah mana lah nak pikir keadaan sekililing dah terkejut melatah je lah en en tapi mereka telah mempergunakan aku ahhh sadisnya! tapi takpe takpe sabar sabar sabar.mereka nak gurau degan aku tu.

tenga goreng ayam.ei tudung tu kan aku nak tembak je.ohh ye kita
memang ada spesis dua gigi taring pun.

eh itu cincau ye,jangan nak geli sangat tengok.tembak nak?!

esok paginya lepas subuh pergi rumah cikgu tolong apa yang patut.nak tahu tak nak tahu tak *angguk kepala tau* pagi tu en en tugas pertama kita ialah goreng ayam *ayat budak darjah satu* ehem ehem kan banyak petanda tu boleh jadi bini yang excelent gila tu!ehem ehem syuk shukor sila buad barang hantaran cepat-2 ye.kgatal.hahaha! sambung cerita. lepas tu kami pi merayau gerai ke gerai pastu duduk dekat pangkin menunggu kedatangan alysha yang berabad tak jumpa sambil-2 tu kena usik lagi ya allah baru aku tahu teruk rupanya aku melatah buad malu je.eii tak ingat lah apa jadi dah tukar cerita tak best langsung *menguap*

tiga orang mamat ni yang suka buat aku jadi bahan gelak yang pakai spek tu kapla ye.
takpe takpe sabar sabar.*perhatikan awek cun baju kuning tu*


alysha dan alifah.

next cerita diingatkan kalau anda jenis yang penggeli pengannoying tolong jangan baca tapi aku tahu korang mesti nak baca en en takpe takpe tak dapek den nak tolong baca je lah.

*testing suara* kcomel comel*

dear 16 july 2012,
♥ alhamdulillah we almost 3 years moga sampai bila-2 biar sampai syurga,aminnn.
♥ terima kasih untuk semua yang manis semua yang pahit semua yang duka semua yang suka semua yang comel pendek kata terima kasih untuk semua semua lah.simpan sampai bila-2 biar nanti boleh cerita dekat cucu cicit,insyaallah,aminnn lagi.
♥ terima kasih setiap hari puji saya comel walaupun kadang-2 saya cakap awak tipu padehal saya suka gila sebenarnya cuma malu je kadang-2.hehehehe.
♥ maaf untuk segala yang menyakitkan menyampahkan mengannoyingkan dan semua lah.takpe takpe benda tu semua ialah kenangan nanti dah besar mesti tergelak kalau teringat.
♥ semoga awak sudi jadi hero saya buad selama lamanya dan seharusnya saya jadi heroin awak sampai bila-bila.siapa lagi nak jadi?saya sorang je boleh orang lain tak boleh nak kena tumbuk?!
♥ jika sudi doakanlah kami berjaya dunia akhirat dan dipanjangkan jodoh,insyaallah aminn.

hari khamis hari tu kita masuk kuiz kimia kebangsaan.ya allah susah yang amat soalan die dalam 40 soalan aku rasa kurang sepuluh aku jawab dengan hampir yakin tapi tak yakin lagi.soalan-soalan yang lain tak pernah den buad dekat mana-2 latihan before ni.lepas tu baru aku tahu rupanya soalan kuiz tu tak ikut format spm sangat pun *muka sedih* baru berangan konon nak masuk kuiz kimia antarabangsa kononya nanti dah yakin gila jadi pharmacist ni.tapi apekan nasib rasanya soalan yang betul mesti bawah 15 kot.takpe takpe redha.redha itu iklhas en en en.

pagi tadi lepas baca yassin dekat dewan sri bestari pelajaran pertama kami belajar ialah pendidikan sivik kewarganegeraan itu subjek mesti wajib setiap kali pereksa dapat A+ kalau tak buad malu je.pastu cikgu azlina bagi A4 paper suruh tulis apa yang kami rasa sekarang sedih ke gembira ke bosan ke.pastu kita dengan ain rushdi pun gedik gedik pikir nak tulis apa.perhatian ye saya dengan ain rushdi kalu bergabung memang terselah gediknya tu memang tak dapat nak tolong dah.gedik tu harus bagi kami berdua ye sekian.

memandangkan entry dah macam panjang berjela dahlah bosan perasan comel pulak tu nak muntah aku baca kalau ada batu ni dah lama dah aku campak dekat minah ni doe.mesti korang cakap macam tu en en eleh tak nak mengaku pulak sepak nak?!

dengan itu,saya annur syuhada yang comel ni ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan.semoga puasa tahun ini lebih baik dari puasa tahun lepas.insyaallah.wasalam w.b.t.